#Post Title #Post Title #Post Title
Monday, November 26, 2012

KESALAHAN TATABAHASA

[ Read More ]
Saturday, November 24, 2012

Opss..rileks sekejap..


Jenis-jenis Pantun

Pantun Adat

Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sirih pulang ke gagang.

Pantun Agama

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang,
Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.

Pantun Budi

Bunga cina di atas batu
daunnya lepas ke dalam ruang,
Adat budaya tidak berlaku,
Sebabnya emas budi terbuang.

Pantun Kepahlawanan

Redup bintang hari pun subuh
Subuh tiba bintang tak nampak,
Hidup pantang mencari musuh,
Musuh tiba pantang ditolak.

Pantun Kias

Ayam sabung jangan dipaut
jika dijerat kalah laganya,
asam di gunung ikan di laut,
Dalam belanga bertemu juga.

Pantun Perpisahan

Bagaimana tidak dikenang
Pucuknya pauh selasih jambi,
Bagaimana tidak terkenang,
Dagang yang jauh kekasih hati.

Read more:http://konsultasisawit.blogspot.com
[ Read More ]
Thursday, November 22, 2012

MODEL ASSURE

[ Read More ]
Thursday, November 15, 2012

PENGAJARAN MIKRO


Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan  guru permulaan yang berkesan.    Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum,   Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan  agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.

Tujuan

Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri.
Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan.
Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.
Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.
Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.
Pendahuluan

Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.    Aktiviti pembelajaran seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,  variasi rangsangan, peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.

Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.

Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka.   Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

Pengajaran Mikro

Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan.       Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

Pengajaran Mikro diaplikasikan

Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di sekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknik-teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana,

Membolehkan pelajar menumpukan  perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.
Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa.
Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.
Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan perguruan.
Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.
[ Read More ]

Followers