Info IT

Backup Driver Sebelum format



Anda mahu melakukan format pada komputer anda tapi tiada CD Driver? Atau bermasalah dengan internet iaitu lambat nak muatturun driver perkakasan anda?
Sediakan payung sebelum hujan!
Apabila masalah seperti ini berlaku pastinya memeningkan kepala juga. Jadi, sebagai alternatif, adalah lebih baik kita melakukan salinan atau backup driver yang terdapat dalam Windows kita.
Terdapat perisian percuma yang dapat membantu kita mengumpulkan kesemua driver yang terdapat dalam Windows kita. Dengan sekali klik, anda dapat menyelesaikan masalah berkaitan driver anda.Terdapat dua perisian yang boleh anda gunakan iaitu :
DriverMax - perisian yang begitu memudahkan untuk anda melakukan backup driver anda ataupun restore semula semua driver anda dengan mudah di dalam satu folder. Antaramukanya yang menarik dan fungsinya yang mudah menjadikan ia pilihan utama untuk perisian seperti ini.

Laman web : www.innovative-sol.com/drivermax/index.htm


SPYWARE

Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa, lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muatturun melalui internet. Spyware dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh kebanyakan perisian anti-virus biasa.
Seperti lazimnya, saya tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana kita cuba menggunakan program yang bersih dari sebarang "crack" yang nantinya akan mendatang masalah jika tersalah pasang.
Kadang-kadang kita diberikan popup memberitahu kononnya sistem komputer kita mengalami kelembapan dan ia mencadangkan kita untuk memasang progam itu dan ini. Tolak semua yang meminta menginstall program. Dengan janji apapun yang terlihat seolah olah legal, sebenarnya pengguna dipaksa untuk menerima program dari sebuah website agar mereka dapat memasukkan Adware ataupun Spyware.
Matikan program itu tanpa menjawabnya dengan menggunakan tanda X pada windows sebelah kanan atas. Dan jangan sekali-kali mempercayai pilihan Yes, No dan lainnya yang disediakan. Karena kemungkinan pilihan tersebut semuanya berfungsi sama.

Spyware Terminator ialah perisian percuma yang mempunyai ciri Perlindungan Masa Sebenar (Real-Time), HIPS dan Antivirus. Membuang secara efektif sebarang spyware, adware, trojans, keyloggers, lamanweb jahat dan ancaman malware - malah ancaman seperti Look2Me, BetterInternet, VX2, dan CWS. Spyware Terminator mudah untuk digunakan, memerlukan sumber PC yang kecil dan mengimbas dengan cepat.

Selain melindungi komputer dengan perlindungan masa sebenar pengimbasan sistem lanjutan dan kuarantin dilakukan untuk spyware yang ditemui. Ia melakukan pengimbasan yang amat terperinci ke atas cakera keras komputer kita, memori, proses, registry dan cookies untuk mengesan dan menghapuskan semua spyware yang dikenali. "Real-Time Protection" mengawal komputer anda pada masa komputer digunakan, kerahsiaan, dan maklumat peribadi dari ancaman yang tersembunyi sebelum ianya dijalankan, memberhentikan ancaman sebelum ianya terpasang, dan membantu mengawal sebarang perlanggaran ciri keselamatan.


Real-Time Protection's Internet, System, dan Application Guards memantau lebih 50 tempat keselamatan untuk mengenalpasti aktiviti yang tidak diketahui. Apabila anda melayari lamanweb atau memuat-turun dan memasang perisian baru, Spyware Terminator memantau komputer anda dan akan memberi amaran jika spyware ditemui. Spyware Terminator versi 1.8 memuatkan pelbagai ciri lanjutan.termasuklah "Spyware Terminator self-protection" yang menghalang spyware dari merosakkan atau menyah-aktifkan Spyware Terminator itu sendiri dan membolehkan anda melakukan System Restoration (Pemulihan Semula Sistem) yang akan memulihkan sistem operasi di titik sebelum berlakunya masalah. Perisian ini juga didatangkan dengan Clam Antivirus siap terbina (pemasangan adalah opsyenal) menjadikan ia satu-satunya Ati-Spyware yang amat efektif dan berguna dan yang bagusnya ia boleh mengimbas di latarbelakang tanpa mengganggu sebarang tugas yang anda lakukan samada melayari web atau melakukan kerja-kerja menaip.


TIPS NOTEBOOK



Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

Dalam post terdahulu saya ada memberikan tips membeli laptop, kini saya ingin berkongsi pula dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop.

Dalam post terdahulu saya ada memberikan tips membeli laptop, kini saya ingin berkongsi pula dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop.
Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.
Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.
Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.
Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.
Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.
Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.
Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual

Leave a Reply

Followers